Saturday, December 12, 2015

Sijil SSM

 
 
 
Jasrina Curtain baru di lancarkan pada 1/11/2015  adalah cabang dari Jasrina Gift Shop yang berdaftar dengan SSM sejak 2012 Setelah mendapat banyak permintaan dari rakan rakan yang pernah menepah dengan kami supaya membuka secara on line. 
 
 



Wednesday, December 2, 2015

RUGINYA !!!

Ramai di kalangan kita, sering membeli material untuk menjahit langsir tanpa ILMU. Sikap sedemikian menyebabkan berlaku beberapa perkara yang merugikan . Kerugian dari segi lebihan kain. Kerugian dari segi terpaksa membuka jahitan semuala. DAN YANG PALING KERUGIAN ADALAH MASA.  Manusia yang bijak TIDAK AKAN MEMBAZIRKAN MASA HANYA UNTUK SESUATU YANG DIA TIDAK KETAHUI.


 
Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali yang berpesan pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan kepada kesabaran"

Oleh itu sebelum kita kerugian masa yang boleh dimanfaatkan untuk ibadah berfaedah, sebaiknya kita mengetahui beberapa perkara berkaitan.

~  FORMULA Paten langsir
 ~ ukuran tingkap @ pintu
~ lebar kain Ianya

3 perkara WAJIB perlu diketahui sebelum membeli material berkaitan langsir yang mahu dijahit. Sayangnya ramai ke kedai langsir dan memilih kain langsir dan meminta pembantu kedai memotong kain tanpa mengira 3 perkara di atas.

Akibatnya bila memotong kain akan berlaku ketidak tepatan ukuran. Dan bila siap digantung akan kelihatan pelbagai kecacatan terutamanya KAIN TIDAK MEMENUHI UKURAN REL, SINGKAT, BERLEBIHAN DAN PELBAGAI LAGI.

Lebih malang jika terpaksa membuka dan membuang lebihan kain sedangkan kes sebegitu jika tahu FORMULA PATEN LANGSIR pasti tidak akan berlaku.

 contoh mudah,  Ingin menjahit langsir Eyelet tetapi tiada anggaran tepat, maka sewaktu melubangkan ring eyelet, keliharan CACAT. Apa lagi jika dalam ruangan itu ada beberapa tingkap dan antara satu tingkap dengan satu tingkap tiada ukuran TEPAT, akhirnya merosakkan KAIN

Jadi sekiranya anda berasa tidak yakin atau tahu menjahit serahkan saja kepada pakar. Biarkan kami selesaikan nya