Friday, February 26, 2016

CERITA SERAM MALAM JUMAAT !!!



JOM LAYAN SAT CITE SERAM SEJUK NI 


Hantu Langsir, Cerekarama TV3 - 27/12/2014 oleh DramaMelayu


 Sama ada benar hantu langsir itu wujud sehingga suatu daerah dinamakan Kampung Langsir yang berlaku pada sekitar 1964.

Ahmad Tarmini juga bertindak sebagai pengarah telefilem itu yang dirakamkan sekitar Kampung Lebu, RTP Lebu, Mempaga daerah Bentong,Pahang. Hantu Langsir mengisahkan kononnya dulu pernah muncul hantu langsir yang dipercayai satu 'sumpahan' akan kembali pada 2014 iaitu selepas 50 tahun kejadian itu berlaku.


Benarkah cerita hantu langsir itu wujud atau sekadar mitos dan cerita dongeng? Rizal yang berusia 28 tahun yang juga ketua belia kampung sedang menonton perlawanan bola sepak seorang diri. Tiba-tiba langsir rumahnya bergerak-gerak dan muncul hantu langsir di sebalik langsir rumahnya itu.

Keesokan harinya kecoh satu kampung dengan berita Rizal demam mengejut selepas dia ternampak hantu langsir itu dan sebagai ketua belia kampung yang dihormati, kejadian itu sedikit sebanyak mencalarkan keberaniannya sebagai ketua belia yang disegani, malah maruahnya tercalar dalam kalangan gadis kampung.


Sementara itu, di kampung itu terdapat seorang kontraktor yang baru berpindah bernama Rahman Kontraktor yang dikenali sebagai orang kaya yang banyak projek di pekan dan bandar sekitar. Dia sudah lama tidak kembali ke kampung itu dan tinggal bujang bersama pembantunya bernama Amir.

Warung Ham menjadi tempat mereka berkumpul untuk berbincang mengenai masalah hantu langsir. Ramai yang tidak percaya dengan kemunculan makhluk itu yang kononnya hanyalah khayalan Rizal saja yang gemar menonton cerita hantu. Ketua kampung itu yang dikenali sebagai Tok Ketua menganggap kes itu biasa saja.

Kehadiran Rahman Kontraktor di kampung itu sebenarnya mahu membuat projek membina pusat hiburan seperti snuker, dangdut dan karaoke untuk mengaut keuntungan sejak beberapa bulan lalu. Malangnya tok ketua tidak bersetuju kerana projeknya itu akan merosakkan akidah orang kampung.

Shasha, seorang gadis cantik adalah gadis idaman Rizal. Berita Rizal nampak hantu membuatkan Shasha meragui kejantanan Rizal yang selama ini terkenal kredibilitinya sebagai ketua belia yang berani. Amir pula sentiasa berusaha mendapatkan cinta Shasha. Sebagai pembantu Rahman

Kontraktor, Amir menggunakan kereta mewah untuk memikat Shasha dan menjanjikan kemewahan kepada gadis itu tetapi Shasha masih tidak terbuka hatinya untuk Amir.

Rahman Kontraktor mencadangkan diadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan masalah itu.

Untuk mengetahui misteri yang tersembunyi, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Hantu Langsir ini.




0 comments:

Post a Comment