Saturday, October 31, 2015

CONTOH CONTOH LANGSIR

Di bawah adalah jenis jenis langsir yang biasa terdapat di pasaran sila klik pada gambar untuk melihat lebih contoh langsir terkini .







JASRINA CURTAIN DI BUKA 1/11/2015

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini.

Antara tujuan anda mengunjungi blog ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mencari tempat untuk menempah langsir. Dengan pengalaman beberapa tahun menjahit langsir  insyaAllah saya dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Saya juga telah menghadiri kursus menjahit langsir sebelum ini jadi anda tidak perlu ragu-ragu akan hasilnya. 

Sepanjang beberapa tahun saya menjahit langsir saya telah menjahit pelbagai design langsir mengikut permintaan pelanggan. Saya juga akan pastikan anda tidak kecewa dengan hasilnya. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan ketelitian dalam menjahit langsir, saya masih mendapat kepercayaan pelanggan untuk menempah langsir. Tempahan yang diterima tak putus-putus dan membuatkan saya terus bersemangat. 

Bagi anda yang ingin menempah, khidmat nasihat diberikan secara percuma contohnya cara mengukur dan mengira meter kain yg perlu dibeli.

Sebarang pertanyaan boleh contact saya Azlina xxxxxxxxxxxx (sms/call/whatsapp) atau email ke jasrul79@gmail.com
  

Lokasi saya di Taman Jalai Jaya, Kepala Batas aKedah. Bagi yg berdekatan boleh datang ke rumah utk melihat lebih byk sample2 langsir.

Bagi yang jauh boleh pos kain untuk saya jahit. 

Cara mengukur lebar & labuh langsir.
1. Bagi yg menggunakan rod,  ukuran lebar diambil dari besi pemegang rod sebelah kiri hingga pemegang rod sebelah kanan. Bukan dari tombol di hujung rod. Untuk mengukur labuh langsir ukuran diambil dari bahagian atas rod hingga labuh yang anda mahu.
2. Bagi yg menggunakan railing biasa ukuran lebar diambil dari hujung kiri hingga ke hujung kanan rail langsir. Untuk mengukur labuh langsir ukuran diambil dari border atas rail hingga labuh yg anda mahu.