Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini.
Antara
tujuan anda mengunjungi blog ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mencari
tempat untuk menempah langsir. Dengan pengalaman beberapa tahun menjahit
langsir insyaAllah saya dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Saya juga telah menghadiri kursus menjahit langsir sebelum ini jadi anda tidak
perlu ragu-ragu akan hasilnya.
Sepanjang
beberapa tahun saya menjahit langsir saya telah menjahit pelbagai design
langsir mengikut permintaan pelanggan. Saya juga akan pastikan anda tidak
kecewa dengan hasilnya. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan ketelitian dalam
menjahit langsir, saya masih mendapat kepercayaan pelanggan untuk menempah
langsir. Tempahan yang diterima tak putus-putus dan membuatkan saya terus
bersemangat.
Bagi anda
yang ingin menempah, khidmat nasihat diberikan secara percuma contohnya cara
mengukur dan mengira meter kain yg perlu dibeli.
Sebarang
pertanyaan boleh contact saya Azlina xxxxxxxxxxxx (sms/call/whatsapp) atau
email ke jasrul79@gmail.com
Lokasi saya di Taman Jalai Jaya, Kepala Batas aKedah. Bagi yg berdekatan boleh datang ke rumah utk melihat lebih byk sample2 langsir.
Bagi yang jauh boleh pos kain untuk saya jahit.
Cara
mengukur lebar & labuh langsir.
1. Bagi yg
menggunakan rod, ukuran lebar diambil dari besi pemegang rod sebelah
kiri hingga pemegang rod sebelah kanan. Bukan dari tombol di hujung rod. Untuk
mengukur labuh langsir ukuran diambil dari bahagian atas rod hingga labuh yang
anda mahu.
2. Bagi yg
menggunakan railing biasa ukuran lebar diambil dari hujung kiri hingga ke
hujung kanan rail langsir. Untuk mengukur labuh langsir ukuran diambil dari
border atas rail hingga labuh yg anda mahu.
0 comments:
Post a Comment