Friday, February 26, 2016

CERITA SERAM MALAM JUMAAT !!!



JOM LAYAN SAT CITE SERAM SEJUK NI 


Hantu Langsir, Cerekarama TV3 - 27/12/2014 oleh DramaMelayu


 Sama ada benar hantu langsir itu wujud sehingga suatu daerah dinamakan Kampung Langsir yang berlaku pada sekitar 1964.

Ahmad Tarmini juga bertindak sebagai pengarah telefilem itu yang dirakamkan sekitar Kampung Lebu, RTP Lebu, Mempaga daerah Bentong,Pahang. Hantu Langsir mengisahkan kononnya dulu pernah muncul hantu langsir yang dipercayai satu 'sumpahan' akan kembali pada 2014 iaitu selepas 50 tahun kejadian itu berlaku.


Benarkah cerita hantu langsir itu wujud atau sekadar mitos dan cerita dongeng? Rizal yang berusia 28 tahun yang juga ketua belia kampung sedang menonton perlawanan bola sepak seorang diri. Tiba-tiba langsir rumahnya bergerak-gerak dan muncul hantu langsir di sebalik langsir rumahnya itu.

Keesokan harinya kecoh satu kampung dengan berita Rizal demam mengejut selepas dia ternampak hantu langsir itu dan sebagai ketua belia kampung yang dihormati, kejadian itu sedikit sebanyak mencalarkan keberaniannya sebagai ketua belia yang disegani, malah maruahnya tercalar dalam kalangan gadis kampung.


Sementara itu, di kampung itu terdapat seorang kontraktor yang baru berpindah bernama Rahman Kontraktor yang dikenali sebagai orang kaya yang banyak projek di pekan dan bandar sekitar. Dia sudah lama tidak kembali ke kampung itu dan tinggal bujang bersama pembantunya bernama Amir.

Warung Ham menjadi tempat mereka berkumpul untuk berbincang mengenai masalah hantu langsir. Ramai yang tidak percaya dengan kemunculan makhluk itu yang kononnya hanyalah khayalan Rizal saja yang gemar menonton cerita hantu. Ketua kampung itu yang dikenali sebagai Tok Ketua menganggap kes itu biasa saja.

Kehadiran Rahman Kontraktor di kampung itu sebenarnya mahu membuat projek membina pusat hiburan seperti snuker, dangdut dan karaoke untuk mengaut keuntungan sejak beberapa bulan lalu. Malangnya tok ketua tidak bersetuju kerana projeknya itu akan merosakkan akidah orang kampung.

Shasha, seorang gadis cantik adalah gadis idaman Rizal. Berita Rizal nampak hantu membuatkan Shasha meragui kejantanan Rizal yang selama ini terkenal kredibilitinya sebagai ketua belia yang berani. Amir pula sentiasa berusaha mendapatkan cinta Shasha. Sebagai pembantu Rahman

Kontraktor, Amir menggunakan kereta mewah untuk memikat Shasha dan menjanjikan kemewahan kepada gadis itu tetapi Shasha masih tidak terbuka hatinya untuk Amir.

Rahman Kontraktor mencadangkan diadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan masalah itu.

Untuk mengetahui misteri yang tersembunyi, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Hantu Langsir ini.




Monday, February 1, 2016

TIP MEMILIH LANGSIR DI RUMAH

Tip memilih langsir untuk kediaman atau rumah yang ingin saya kongsikan di sini tentunya tetap berguna untuk para suri rumah yang mahukan kediamannya tampil indah serta serba sempurna setiap masa.

Mungkin juga ada yang akan memasuki rumah baru jadi pasti saja tak lepas dari memikirkan langsir yang bagaimanakah sesuai untuk ditatarias pada tingkap serta pintu gelangsar  ( sliding door ).

Kesilapan memilih jenis atau gaya langsir, jenis fabrik serta warna bukan sahaja akan mencacatkan hiasan dalaman sesebuah rumah tetapi mungkin juga akan menyebabkan pembaziran di samping menjejaskan tujuan sebenar pemasangan langsir iaitu untuk melindungi pandangan tidak sewajarnya dari luar

Apabila tidak berpuas hati dengan langsir yang dipasang, bukannya mudah pula untuk menukarnya sesuka hati kerana ia juga akan melibatkan kos yang bukan sedikit. Melainkan anda seorang jutawan, bolehlah buat begitu kan…hmm Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEiKqYkrQk0SPVPEWzFBgwD4FKYRwqulMSSxh3UR1n35VLa3WeXVimWSt4PY8ykdetQsr-Mc5JG33I9DWkJTqOjuqgNpbs8s8XGG5FTJnKVAkHzmvSjb4Nmu7f7GiGkUaUI6EWoI1le0PILBp5hV5V1M-qJj9Abu8sqAT3HNrfbz4A= ( Jutawan pun belum tentu buat macam tu hihi)

Ok untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan-kesilapan di atas, apa kata cuba ikuti panduan ringkas tips memilih langsir untuk kediaman seperti senarai di bawah. Bukanlah ini memandai-mandai saya tulis. Sekadar berkongsi pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan.



    1. Pilih mengikut kesesuaian atau tema rumah anda
Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan konsep dekorasi serta warna cat pada dinding rumah. Contohnya jika elemen warna kediaman anda berdasarkan rona bumi iaitu coklat, kelabu atau krim, maka langsir yang dipilih mestilah memiliki warna serupa atau seakan serupa 

TETAPI diserikan dengan motif atau corak flora atau geometri untuk mewujudkan keseimbangan pada ruang yang rata. Langsir dengan warna polos atau plain ( tiada motif ) mungkin tidak dapat membangkitkan seri sesebuah ruang. Ia akan menyebabkan ruang menjadi suram.
      
     2.   Pilih sama ada kain jarang atau tebal
Bagi sesebuah bilik atau ruang dengan pencahayaan terkawal iaitu ruang yang gelap oleh sebab binaannya yang terlindung, terhadang oleh sesuatu atau kurang tingkap maka penggunaan kain langsir sedikit jarang perlu dipertimbangkan supaya ia berfungsi sebagai pelindung, bukan untuk ‘menggelapkan’ lagi sesuatu ruang
Sebaliknya jika sliding door utama terletak berhadapan dengan cahaya matahari yang terang serta menghasilkan silau, langsir daripada kain tebal patut diutamakan
     
    3.Kenalpasti ukuran
Ha, tips ke-3 ini sangat penting untuk diikuti ketika anda membuat keputusan membeli langsir siap jahit atau ketika mengupah tukang jahit untuk menjahitnya.Pastikan dengan teliti ukuran yang diambil sepadan dengan keperluan tingkap atau pintu rumah anda.
    
    4.   Pilih rod langsir yang lebih panjang
Mengapa agaknya ? Ini kerana rod yang berada dalam anggaran panjang sekitar 20 sehingga 35 cm akan dapat memberikan ilusi seolah-olah saiz tingkap atau pintu rumah anda lebih panjang atau lebar.
Sebab lainnya ialah untuk membolehkan anda menolak langsir ke kedua-dua belah sisi jendela dan tidak menghalang atau menutup panel tingkap yang boleh menyebabkan keterbatasan pandangan.

    5.   Pilih langsir lebih panjang / labuh
Ini bagi membolehkan anda bereksperimen dan memberi nilai tambah kepada dinding khususnya bagi sesebuah ruang yang luas walaupun mungkin sesetengah tingkap di rumah anda bukannya memanjang.

Ok,  tips memilih langsir untuk kediaman ini bukanlah satu-satunya tips yang boleh anda jadikan rujukan. Terdapat banyak lagi ciri tambahan yang perlu anda pelajari jika ingin menata rias kediaman sehebat kediaman-kediaman mewah seperti di luar sana. Ada banyak pilihan majalah dekorasi yang dijual di pasaran fizikal atau online termasuk ini.

Namun, jika anda memiliki kemampuan,apa salahnya dapatkan khidmat runding daripada juruhias dalaman untuk mencantikkan rumah anda. Berbaloi berhabis sedikit jika kena caranya


Jasrina Curtain