Tip memilih langsir untuk kediaman atau rumah yang
ingin saya kongsikan di sini tentunya tetap berguna untuk para suri rumah
yang mahukan kediamannya tampil indah serta serba sempurna setiap masa.
Mungkin juga ada yang akan memasuki rumah baru jadi
pasti saja tak lepas dari memikirkan langsir yang bagaimanakah sesuai untuk
ditatarias pada tingkap serta pintu gelangsar ( sliding door ).
Kesilapan memilih jenis atau gaya langsir, jenis fabrik
serta warna bukan sahaja akan mencacatkan hiasan dalaman sesebuah rumah
tetapi mungkin juga akan menyebabkan pembaziran di samping menjejaskan tujuan
sebenar pemasangan langsir iaitu untuk melindungi pandangan tidak sewajarnya
dari luar
Apabila tidak berpuas hati dengan langsir yang dipasang,
bukannya mudah pula untuk menukarnya sesuka hati kerana ia juga akan
melibatkan kos yang bukan sedikit. Melainkan anda seorang jutawan, bolehlah
buat begitu kan…hmm ( Jutawan pun belum tentu
buat macam tu hihi)
Ok untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan-kesilapan
di atas, apa kata cuba ikuti panduan ringkas tips memilih langsir
untuk kediaman seperti senarai di bawah. Bukanlah ini memandai-mandai saya
tulis. Sekadar berkongsi pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan.
1. Pilih mengikut kesesuaian atau tema rumah anda
Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan
konsep dekorasi serta warna cat pada dinding rumah. Contohnya
jika elemen warna kediaman anda berdasarkan rona bumi
iaitu coklat, kelabu atau krim, maka langsir yang dipilih mestilah
memiliki warna serupa atau seakan serupa
TETAPI diserikan dengan motif atau corak flora atau
geometri untuk mewujudkan keseimbangan pada ruang yang rata. Langsir dengan
warna polos atau plain ( tiada motif ) mungkin tidak dapat
membangkitkan seri sesebuah ruang. Ia akan menyebabkan ruang menjadi suram.
2. Pilih sama ada kain jarang atau tebal
Bagi sesebuah bilik atau ruang dengan pencahayaan
terkawal iaitu ruang yang gelap oleh sebab binaannya yang terlindung,
terhadang oleh sesuatu atau kurang tingkap maka penggunaan kain langsir sedikit
jarang perlu dipertimbangkan supaya ia berfungsi sebagai pelindung, bukan untuk
‘menggelapkan’ lagi sesuatu ruang
Sebaliknya jika sliding door utama terletak berhadapan
dengan cahaya matahari yang terang serta menghasilkan silau, langsir
daripada kain tebal patut diutamakan
3.Kenalpasti ukuran
Ha, tips ke-3 ini sangat penting untuk diikuti ketika
anda membuat keputusan membeli langsir siap jahit atau ketika mengupah tukang
jahit untuk menjahitnya.Pastikan dengan teliti ukuran yang diambil sepadan
dengan keperluan tingkap atau pintu rumah anda.
4. Pilih rod langsir yang lebih panjang
Mengapa agaknya ? Ini kerana rod yang berada dalam anggaran
panjang sekitar 20 sehingga 35 cm akan dapat memberikan ilusi seolah-olah saiz
tingkap atau pintu rumah anda lebih panjang atau lebar.
Sebab lainnya ialah untuk membolehkan anda menolak langsir
ke kedua-dua belah sisi jendela dan tidak menghalang atau menutup panel tingkap
yang boleh menyebabkan keterbatasan pandangan.
5. Pilih langsir lebih panjang / labuh
Ini bagi membolehkan anda bereksperimen dan memberi nilai
tambah kepada dinding khususnya bagi sesebuah ruang yang luas walaupun mungkin
sesetengah tingkap di rumah anda bukannya memanjang.
Ok, tips memilih
langsir untuk kediaman ini bukanlah satu-satunya tips yang boleh anda jadikan
rujukan. Terdapat banyak lagi ciri tambahan yang perlu anda pelajari jika ingin
menata rias kediaman sehebat kediaman-kediaman mewah seperti di luar sana. Ada
banyak pilihan majalah dekorasi yang dijual di pasaran fizikal atau online
termasuk ini.
Namun, jika anda memiliki kemampuan,apa salahnya dapatkan
khidmat runding daripada juruhias dalaman untuk mencantikkan rumah anda.
Berbaloi berhabis sedikit jika kena caranya
Jasrina Curtain
0 comments:
Post a Comment