Friday, March 18, 2016

RAHSIA TREK |REL LANGSIR

Menghias kediaman adalah satu kemestian bagi pemilik rumah. Tak kiralah samada kediaman itu disewa atau milik sendiri.

Menghias tingkap adalah antara elemen terpenting yang mesti diberi keutamaan. Tingkap berkaca bukan sahaja perlu ditutup dari pandangan/cahaya luar tetapi pada masa yang sama mesti kelihatan menarik dari dalam dan luar dengan corak langsir yang bersesuaian.

Pemilihan trek / rel langsir yang betul dan sesuai juga sama pentingnya dengan pemilihan reka bentuk langsir yang akan dipasang.

Reka bentuk langsir yang pelbagai memerlukan pemasangan trek/rel langsir yang juga pelbagai.

Trek/Rel langsir untuk kediaman terbahagi kepada 3 jenis; Trek/Rel aluminium, rod kayu dan rod besi.

TREK/REL ALUMINIUM






Biasa digunakan. Boleh digunakan secara'single' atau 'double' atau 'triple'. Bergantung kepada rekabentuk langsir.

Bagi yang mengemari rekabentuk English Classic, English Country atau English Cortage penggunaan railing ini amat sesuai. Biasanya 'triple' rel digunakan.



Ini adalah kerana, pada kebiasaannya rekabentuk ke'English'an ini terdiri dari 3 lapisan iaitu 'valance' (kepala langsir) pada rel paling hadapan, badan langsir (night curtain) pada rel kedua dan 'lace' atau 'sheer'(day curtain) pada rel paling belakang.

'Double' rel biasanya digunakan untuk 'night curtain' dan 'day curtain' tanpa 'valance'.

Sementara penggunaan 'single' rel hanya samada untuk 'night' ATAU 'day curtain' sahaja.

Walau bagaimanapun, rekabentuk dan konsep corak langsir adalah lebih elok disuaipadankan dengan konsep keseluruhan sesuatu ruang.

Misalnya jika ruangan tersebut berkonsepkan english country (bunga2an), seperti ruang tamu, maka corak pada langsir juga mesti bersesuaian dengan konsep ruang tersebut. Ini akan membuatkan ruang tersebut nampak lebih menarik.


0 comments:

Post a Comment