Skinpress Demo Rss

Monday, May 23, 2016

SELAMAT PAGI SELASA


ُِ
Salam pagi Selasa               
17 Syaaban 1436H, 
24 May 2016.                                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah kami berlindung denganMu daripada azab kubur, kami berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, kami berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah kami berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung dengan Mu dari bakhil, kami berlindung denganMu dari penakut, kami berlindung denganMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan kami berlindung denganMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

Ya Allah berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah yang baik untukMu".
ْ
Ya Allah kami berlindung daripada kejahatan yang telah kami lakukan, dan daripada semua kejahatan.

Ya Allah hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah.ُ

Ya Allah sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diri kami dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.ُ

Ya Allah kami memohon kepada Mu, Ya Allah yang Maha Esa, yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.
َ
Ya Allah ampunilah kami untuk apa yang telah kami lakukan di masa lalu dan apa yang akan kami lakukan di masa hadapan, apa yang kami lakukan secara tersembunyi dan apa yang kami lakukan terang-terangan, apa yang telah kami berlebih-lebihan dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diri kami sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah yang mengakhiri, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.ِ

Ya Allah sesungguhnya kami mohon kepadaMu agar dimasukkan ke Surga dan kami berlindung kepadaMu dari Neraka.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah kepada kami iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah.

Ya Allah kuatkanlah kami dengan iman dan keyaqinan, taqwa dan ketaatan, agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat.

Ya Allah anugerahkan kami keberkatan ilmu, bantulah saudara kami yang dalam kesusahan Ya Allah. 

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Friday, March 25, 2016

HASIL JARI JASRINA CURTAIN


  Ini antara hasil kerja dan tempahan yang telah disiapkan oleh JASRINA CURTAIN yang sempat di snap oleh kami.Terima kasih kerana percayakan kami.




















Friday, March 18, 2016

RAHSIA TREK |REL LANGSIR

Menghias kediaman adalah satu kemestian bagi pemilik rumah. Tak kiralah samada kediaman itu disewa atau milik sendiri.

Menghias tingkap adalah antara elemen terpenting yang mesti diberi keutamaan. Tingkap berkaca bukan sahaja perlu ditutup dari pandangan/cahaya luar tetapi pada masa yang sama mesti kelihatan menarik dari dalam dan luar dengan corak langsir yang bersesuaian.

Pemilihan trek / rel langsir yang betul dan sesuai juga sama pentingnya dengan pemilihan reka bentuk langsir yang akan dipasang.

Reka bentuk langsir yang pelbagai memerlukan pemasangan trek/rel langsir yang juga pelbagai.

Trek/Rel langsir untuk kediaman terbahagi kepada 3 jenis; Trek/Rel aluminium, rod kayu dan rod besi.

TREK/REL ALUMINIUM






Biasa digunakan. Boleh digunakan secara'single' atau 'double' atau 'triple'. Bergantung kepada rekabentuk langsir.

Bagi yang mengemari rekabentuk English Classic, English Country atau English Cortage penggunaan railing ini amat sesuai. Biasanya 'triple' rel digunakan.



Ini adalah kerana, pada kebiasaannya rekabentuk ke'English'an ini terdiri dari 3 lapisan iaitu 'valance' (kepala langsir) pada rel paling hadapan, badan langsir (night curtain) pada rel kedua dan 'lace' atau 'sheer'(day curtain) pada rel paling belakang.

'Double' rel biasanya digunakan untuk 'night curtain' dan 'day curtain' tanpa 'valance'.

Sementara penggunaan 'single' rel hanya samada untuk 'night' ATAU 'day curtain' sahaja.

Walau bagaimanapun, rekabentuk dan konsep corak langsir adalah lebih elok disuaipadankan dengan konsep keseluruhan sesuatu ruang.

Misalnya jika ruangan tersebut berkonsepkan english country (bunga2an), seperti ruang tamu, maka corak pada langsir juga mesti bersesuaian dengan konsep ruang tersebut. Ini akan membuatkan ruang tersebut nampak lebih menarik.


Friday, February 26, 2016

CERITA SERAM MALAM JUMAAT !!!



JOM LAYAN SAT CITE SERAM SEJUK NI 


Hantu Langsir, Cerekarama TV3 - 27/12/2014 oleh DramaMelayu


 Sama ada benar hantu langsir itu wujud sehingga suatu daerah dinamakan Kampung Langsir yang berlaku pada sekitar 1964.

Ahmad Tarmini juga bertindak sebagai pengarah telefilem itu yang dirakamkan sekitar Kampung Lebu, RTP Lebu, Mempaga daerah Bentong,Pahang. Hantu Langsir mengisahkan kononnya dulu pernah muncul hantu langsir yang dipercayai satu 'sumpahan' akan kembali pada 2014 iaitu selepas 50 tahun kejadian itu berlaku.


Benarkah cerita hantu langsir itu wujud atau sekadar mitos dan cerita dongeng? Rizal yang berusia 28 tahun yang juga ketua belia kampung sedang menonton perlawanan bola sepak seorang diri. Tiba-tiba langsir rumahnya bergerak-gerak dan muncul hantu langsir di sebalik langsir rumahnya itu.

Keesokan harinya kecoh satu kampung dengan berita Rizal demam mengejut selepas dia ternampak hantu langsir itu dan sebagai ketua belia kampung yang dihormati, kejadian itu sedikit sebanyak mencalarkan keberaniannya sebagai ketua belia yang disegani, malah maruahnya tercalar dalam kalangan gadis kampung.


Sementara itu, di kampung itu terdapat seorang kontraktor yang baru berpindah bernama Rahman Kontraktor yang dikenali sebagai orang kaya yang banyak projek di pekan dan bandar sekitar. Dia sudah lama tidak kembali ke kampung itu dan tinggal bujang bersama pembantunya bernama Amir.

Warung Ham menjadi tempat mereka berkumpul untuk berbincang mengenai masalah hantu langsir. Ramai yang tidak percaya dengan kemunculan makhluk itu yang kononnya hanyalah khayalan Rizal saja yang gemar menonton cerita hantu. Ketua kampung itu yang dikenali sebagai Tok Ketua menganggap kes itu biasa saja.

Kehadiran Rahman Kontraktor di kampung itu sebenarnya mahu membuat projek membina pusat hiburan seperti snuker, dangdut dan karaoke untuk mengaut keuntungan sejak beberapa bulan lalu. Malangnya tok ketua tidak bersetuju kerana projeknya itu akan merosakkan akidah orang kampung.

Shasha, seorang gadis cantik adalah gadis idaman Rizal. Berita Rizal nampak hantu membuatkan Shasha meragui kejantanan Rizal yang selama ini terkenal kredibilitinya sebagai ketua belia yang berani. Amir pula sentiasa berusaha mendapatkan cinta Shasha. Sebagai pembantu Rahman

Kontraktor, Amir menggunakan kereta mewah untuk memikat Shasha dan menjanjikan kemewahan kepada gadis itu tetapi Shasha masih tidak terbuka hatinya untuk Amir.

Rahman Kontraktor mencadangkan diadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan masalah itu.

Untuk mengetahui misteri yang tersembunyi, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Hantu Langsir ini.




Monday, February 1, 2016

TIP MEMILIH LANGSIR DI RUMAH

Tip memilih langsir untuk kediaman atau rumah yang ingin saya kongsikan di sini tentunya tetap berguna untuk para suri rumah yang mahukan kediamannya tampil indah serta serba sempurna setiap masa.

Mungkin juga ada yang akan memasuki rumah baru jadi pasti saja tak lepas dari memikirkan langsir yang bagaimanakah sesuai untuk ditatarias pada tingkap serta pintu gelangsar  ( sliding door ).

Kesilapan memilih jenis atau gaya langsir, jenis fabrik serta warna bukan sahaja akan mencacatkan hiasan dalaman sesebuah rumah tetapi mungkin juga akan menyebabkan pembaziran di samping menjejaskan tujuan sebenar pemasangan langsir iaitu untuk melindungi pandangan tidak sewajarnya dari luar

Apabila tidak berpuas hati dengan langsir yang dipasang, bukannya mudah pula untuk menukarnya sesuka hati kerana ia juga akan melibatkan kos yang bukan sedikit. Melainkan anda seorang jutawan, bolehlah buat begitu kan…hmm Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEiKqYkrQk0SPVPEWzFBgwD4FKYRwqulMSSxh3UR1n35VLa3WeXVimWSt4PY8ykdetQsr-Mc5JG33I9DWkJTqOjuqgNpbs8s8XGG5FTJnKVAkHzmvSjb4Nmu7f7GiGkUaUI6EWoI1le0PILBp5hV5V1M-qJj9Abu8sqAT3HNrfbz4A= ( Jutawan pun belum tentu buat macam tu hihi)

Ok untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan-kesilapan di atas, apa kata cuba ikuti panduan ringkas tips memilih langsir untuk kediaman seperti senarai di bawah. Bukanlah ini memandai-mandai saya tulis. Sekadar berkongsi pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan.



    1. Pilih mengikut kesesuaian atau tema rumah anda
Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan konsep dekorasi serta warna cat pada dinding rumah. Contohnya jika elemen warna kediaman anda berdasarkan rona bumi iaitu coklat, kelabu atau krim, maka langsir yang dipilih mestilah memiliki warna serupa atau seakan serupa 

TETAPI diserikan dengan motif atau corak flora atau geometri untuk mewujudkan keseimbangan pada ruang yang rata. Langsir dengan warna polos atau plain ( tiada motif ) mungkin tidak dapat membangkitkan seri sesebuah ruang. Ia akan menyebabkan ruang menjadi suram.
      
     2.   Pilih sama ada kain jarang atau tebal
Bagi sesebuah bilik atau ruang dengan pencahayaan terkawal iaitu ruang yang gelap oleh sebab binaannya yang terlindung, terhadang oleh sesuatu atau kurang tingkap maka penggunaan kain langsir sedikit jarang perlu dipertimbangkan supaya ia berfungsi sebagai pelindung, bukan untuk ‘menggelapkan’ lagi sesuatu ruang
Sebaliknya jika sliding door utama terletak berhadapan dengan cahaya matahari yang terang serta menghasilkan silau, langsir daripada kain tebal patut diutamakan
     
    3.Kenalpasti ukuran
Ha, tips ke-3 ini sangat penting untuk diikuti ketika anda membuat keputusan membeli langsir siap jahit atau ketika mengupah tukang jahit untuk menjahitnya.Pastikan dengan teliti ukuran yang diambil sepadan dengan keperluan tingkap atau pintu rumah anda.
    
    4.   Pilih rod langsir yang lebih panjang
Mengapa agaknya ? Ini kerana rod yang berada dalam anggaran panjang sekitar 20 sehingga 35 cm akan dapat memberikan ilusi seolah-olah saiz tingkap atau pintu rumah anda lebih panjang atau lebar.
Sebab lainnya ialah untuk membolehkan anda menolak langsir ke kedua-dua belah sisi jendela dan tidak menghalang atau menutup panel tingkap yang boleh menyebabkan keterbatasan pandangan.

    5.   Pilih langsir lebih panjang / labuh
Ini bagi membolehkan anda bereksperimen dan memberi nilai tambah kepada dinding khususnya bagi sesebuah ruang yang luas walaupun mungkin sesetengah tingkap di rumah anda bukannya memanjang.

Ok,  tips memilih langsir untuk kediaman ini bukanlah satu-satunya tips yang boleh anda jadikan rujukan. Terdapat banyak lagi ciri tambahan yang perlu anda pelajari jika ingin menata rias kediaman sehebat kediaman-kediaman mewah seperti di luar sana. Ada banyak pilihan majalah dekorasi yang dijual di pasaran fizikal atau online termasuk ini.

Namun, jika anda memiliki kemampuan,apa salahnya dapatkan khidmat runding daripada juruhias dalaman untuk mencantikkan rumah anda. Berbaloi berhabis sedikit jika kena caranya


Jasrina Curtain





Thursday, January 14, 2016

TIP PILIH KAIN LANGSIR

1)    Tips pilih kain, jangan cari yang keras kejung ye..nanti macam langsir pakai skirt kembang pulak kan.


2)     Dapatkan anggaran (at least) tinggi dan lebar tingkap masa pergi survey harga. Ukur sendiri dulu. Kalau dah ada rod atau rail kat tingkap tu lagi senang nak ukur. Untuk yang belum ada, nanti bila diorang datang ukur akan terlebih terkurang sket je. Biasanye lebih la kan. Bila dah ada ukuran, nanti diorang boleh kirakan berapa harga anggaran walaupun tak tepat tapi kita boleh bajet brp nak berhabis untuk langsir. Macam saya dah ada bajet sendiri, so kena cari langsir yang fit that bajet. Kalau mahal reject..terus keluar kedai. Errr..saya senyum jela ckp..’nnti kalau saya confirm saya datang lagi ye.’ Maka confirm saya tak masuk dah kedai tu! Tak sanggup nak berhabisan sampai RM7K-RM8K yang macam Elyza’s quote tu!

3)     Macam saya, saya suka beli warna-warna yang tak di telan zaman (bukan bermusim) dan design yang simple. Sebab langsir ni kita nak pakai lama. Biasa org pakai 5-10 tahun baru tukar kot. Tapi terpulang pada citarasa masing2 dan juga bajet.

4)     Untuk nampak efek siling tinggi, langsir biasanya di pasang lebih daripada tinggi atau hingga paras siling. Tapi masa pilih kain, contohnya kain bidang 110 inci, kalau corak kat kain tu melintang, paling tinggi boleh buat langsir adalah 104 inci, ni dah tolak lipat basi. So, jangan berangan nak langsir sampai siling ye. Kalau nak jugak, pilih kain yang sesuai yang tak kacau corak kain. Kalau kain bidang 110 inci, tak banyak guna kain tapi harga kain jd double dengan harga yang 60 inci.


       JASRINA CURTAIN 




Monday, January 11, 2016

KAMI DI SINI

JASRINA GIFT SEDANG DALAM PEMBESARAN BENGKEL yang masih dalam pembinaan lagi ini untuk menampung pengembangan dalam bidang cenderamata, hantaran, langsir, kain dalam plus size,

Jadi kami telah menaiktarafkan BENGKEL KAMI supaya dapat menampung semua projek yang akan datang.